1 Hari 1 Jualan – 3 Langkah Mudah Bagaimana ANDA Juga Boleh Merealisasikannya…


Salam…

Apa khabar hari ini? …Moga semuanya baik-baik belaka.  Sebelum pergi lebih jauh, tahniah untuk pasukan Malaysia yang telah memenangi perlawanan akhir pertama. Sungguh bersemangat anak-anak buah Rajagopal bermain! Saya juga turut berbangga.

Sebagaimana bolasepak, perniagaan internet juga memerlukan pengetahuan teknikal, susunan strategi serta teknik yang betul dan juga anda mesti ada semangat untuk melakukannya.

Tajuk blog saya saya arini agak macam susah di capai bagi orang-orang yang baru mengenali perniagaan internet, namun begitu sebenarnya anda MAMPU melakukannya dan anda pasti boleh mencapainya dan sebenarnya tidaklah terlalu sukar sangat…sebagaimana yang telah saya lakukan…

Report Hingga 25 Disember – Sudah ada 28 Jualan…

Report ini adalah dari 1-25 Disember 2010. So, bagaimana anda juga boleh merealisasikan untuk mendapatkan 1 sales 1 hari melalui pemasaran affiliate khasnya dan perniagaan internet umumnya.

1- Buat Kajian

Sebagaimana yang kita tahu terdapat beribu malah berjuta barangan/ produk di jual di internet. Tetapi, untuk pengetahuan anda tidak semua barangan boleh mendatangkan keuntungan di internet. So, amat-amat penting untuk anda buat kajian pasaran dahulu sebelum anda terjun untuk buat duit di internet.

2- Dapatkan Domain, Webhosting untuk Bina Web/ Blog

Disinilah perlunya pengetahuan teknikal untuk buat perniagaan internet dan seterusnya bergelar usahawan internet. Untuk beli domain (contohnya www.abdulmalekmbejoa.com) anda boleh gunakan namecheap.com bersesuaian dengan namanya ‘nama murah‘ kerana tak keliru untuk untuk buat checkout dan murah tak sampai RM50 pun setahun. Untuk webhosting, anda perlu mendapatkan webhosting yang bagus dan mantap agar web/laman web anda sentiasa ‘up’ tanpa sebarang masalah. Ini penting! Jika anda ada menonton cerita ‘The Social Network‘  ada satu bahagian di mana rakan baik Mark membekukan akaun syarikat, Mark Zuckerberg cukup marah…kenapa ?..Mark kata dalam cerita tersebut, lebih kurang begini..setelah diterjemah..”Anda bekukan akaun? kenapa? Anda tahu tak jika satu hari sahaja..ya satu hari sahaja server(webhosting) down ia akan mengakibatkan bermakna reputasinya tercalar dan akan menyebabkan pengguna the facebook hilang kepercayaan serta kerugian yang besar!”…Sebab itu pemilihan webhosting sangat-sangat kritikal. Dalam hal ini saya memilih www.hostgator.com, ini kerana uptime untuk hostgator adalah 99.9% (bermakna dalam masa 100 hari mungkin hanya 1 jam kemungkinan akan down disebabkan oleh maintenance)

3- Promosi

Promosi sangat penting dalam memajukan perniagaan internet anda. Ada 1001 cara yang berkesan untuk buat promosi. Cumanya di sini saya bahagaikan kepada 4 iaitu :

a- Updates – selalu updatekan blog/web anda dan pastikan isi kandungannya unik serta pastikan anda tidak tertinggal untuk memasukkan keyword.

b-  Email – promosi melalui email. Cara ini bukan saya membenarkan anda melakukan SPAM. Ada caranya yang betul.

c- Tool percuma – selepas update web/blog jangan lupa untuk gunakan tool-tool percuma seperti ping, social network, social bookmarking, forum, classified dan lain-lain.

d- Tool berbayar – macam-macam tool yang ada di internet yang anda boleh gunakan dan cara paling pantas adalah buat iklan melalui google, yahoo atau bing. Dengan itu, promosi affiliate atau perniagaan internet menjadi pantas dan cepat tetapi AWAS dengan dengan budget anda.

Dengan melakukan cara sebegini anda akan melihat hari demi hari pelawat akan meningkat dan seterusnya akan meningkatkan hasil jualan affiliate atau bisnes internet yang sedang anda jalankan.

Bermula dengan 1 Hari 1 Jualan, anda mampu untuk menjadikannya 1 hari 2,3,4 malah 10 jualan sehari dan ianya berkekalan.  So, mulakan langkah anda sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>