Bagaimana Saya Memulakan Bisnes Internet…


Memulakan Bisnes Internet

Ramai di kalangan kawan-kawan saya bertanya … “malek macamana kau boleh berjaya buat bisnes internet?, kau dah jadi ali baba ke?..” ..saya hanya tersenyum dan memberikan sedikit penjelasan mengenai bisnes internet ini dengan secara ringkas kepada mereka.

Berdasarkan itu mulai hari ini saya ambil keputusan untuk berkongsi RAHSIA saya buat bisnes internet.

Sebelum itu, sejarah saya buat bisnes internet baru lagi. Saya berjinak-jinak dengan internet bermula hanya pada tahun pertengahan 2009, itupun buka email, baca email, buka akaun facebook pertama saya dan mencari info supplier untuk tempat syarikat saya bekerja. Pada akhir 2009 saya mulai serius untuk mengenali perniagaan internet itu apa sebenarnya dan bagaimana ‘guru-guru’ internet boleh buat duit dari internet. Saya ada beli beberapa buah ebook untuk menggali ilmu namun cara-cara dan teknik-teknik yang di berikan di dalam ebook tersebut kurang berkesan setelah saya melaksanakannya. Sehinggalah saya pergi ke Kelas Pembangunan Usahawan Internet anjuran Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd pada 6-7 Februari 2010 barulah saya dapat gambaran yang cukup jelas untuk melakukan bisnes internet diikuti dengan bimbingan yang berterusan dari Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd saya berjaya berada di tahap ini. Pada mula-mula saya mulakan perniagaan internet saya agak sukar, yelah dengan hanya berkelulusan Kesihatan Haiwan, tiada latar belakang IT, English yang tidak baik serta ketiadaan komputer peribadi.

Saya mulakan bisnes internet pada Februari 2010, hanya dari CC (Cybercafe). Pada bulan 4 saya berjaya mempunyai laptop sendiri hasil dari melakukan perniagaan internet. Sejak dari itu, saya tidak menoleh belakang lagi, saya ambil keputusan untuk buat full time. Bagi saya, “Internet marketing is a journey..not a destination..enjoy every journey..every single succeed step is… priceless. “

Cybercafe Tempat saya baru-baru Buat Bisnes Internet

cyber cafe

“coupon ni masih valid untuk claim 3 jam FREE surfing…jika anda hendak…marilah jumpa saya ;)

“Jika Orang Lain Boleh Saya Juga Boleh!”…

Sebenarnya tiada apa yg boleh menghalang dari seseorang itu berjaya dalam internet marketing mahupun pemasaran affiliate melainkan dari diri sendiri yang mengatakan “saya tidak boleh…saya tidak pandai…”.So, Mulai hari ini, kita tukarkan sedikit perkataan tadi menjadi…”saya tidak boleh LAGI….saya BELUM pandai LAGI..”Anda pasti mendapat semangat untuk meneruskan peningkatan ilmu dalam perniagaan internet dan.. Anda pasti akan terkejut dan gembira dengan perubahan yang anda akan alami jika laksanakannya dengan secara konsisten.

Kawan-kawan di forum berterima-kasih kepada saya :)

Sebahagian kecil dari salah satu akaun pendapatan Online saya (all in USD)…

Trafik Percuma Yang Datang ke Salah Satu Website Saya


Pada Entri berikutnya saya akan kongsikan step by step untuk menjalankan perniagaan internet seterusnya berjaya menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. So, Stick with me…

Jumpa di lain entri…

9 Strategi Berkesan Mendapatkan Duit Dari Internet Melalui Blog

Blog adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan dari internet. Ramai orang mempunyai blog sendiri tapi tak ramai yang mampu menjana pendapatan melalui blog. Di sini saya gariskan 9 step yang boleh membantu anda menjana pendapatan melalui blog. Langkah 1 – Pilih Topik Anda Pemilihan topik boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu … Continue reading

Tahun Baru…Azam Baru…Apa Yang Barunya?

Salam dan selamat sejahtera, Berjumpa lagi dalam post terbaru saya. ermmm walaupun tak selalu updates tapi saya cuba untuk memperuntukkan sedikit masa untuk updates blog saya. Insyaallah… Tahun 2010, 1001 macam perkara telah berlaku samada yang di jangka mahupun yang tidak terjangka. Namun, perkara paling manis adalah bila mengenali perniagaan internet pada Februari 2010 setelah … Continue reading

Rahsia Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan Internet Dan Anda Juga Boleh!- Part 3 & Last

Salam, Terima kasih atas sokongan dan Alhamdulillah salah satu web saya telah menghampiri angka 21 ribu pelawat dalam masa hanya 4 bulan sahaja!… dan semuanya datang dari search engine (atau di panggil juga ‘organic traffic‘ atau ‘trafik percuma’). Buktinya…(sila klik pada gambar untuk besarkan gambar) Trafik percuma yang saya dapat – walaupun web saya tak … Continue reading

Rahsia Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan Internet Dan Anda Juga Boleh!- Part2

Berjumpa lagi kita disini.  Semakin banyak yang kita tempuhi semakin banyak yang kita pelajari dalam kehidupan ini. Begitu juga bila kita menjalankan perniagaan internet atau dengan ringkas bisnet internet dan seterusnya menjadi usahawan internet. Pada entri blog sebelum ini saya sudah terangkan betapa pentingnya untuk membuat keputusan untuk buat yang mana satu dan seterusnya berjaya … Continue reading

Rahsia Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan Internet Dan Anda Juga Boleh!- Part1

Seperti dalam post saya yang lepas saya telah terangkan bagaimana saya memulakan perniagaan internet. Dengan hanya memulakan bisnes internet di CC (cybercafe) bukanlah sesuatu yang mudah tapi ianya boleh di laksanakan dan MAMPU menjana pendapatan sampingan jika di lakukan dengan cara yang betul.  Saya masih ingat lagi pada hari kedua saya menggunakan laptop pertama saya, … Continue reading

3 Sebab Paling Utama Gagal Dalam Perniagaan Internet

Pada masa kini ramai yang cuba-cuba buat duit dari intenet dan tak kurang juga yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Sebenarnya apa yang membezakan di antara yang gagal dan yang berjaya ini? …Ermm banyak sebab yang boleh di gariskan sebenarnya yang meyebabkan 95% orang gagal dalam perniagaan internet mereka. Di sini saya cuma menggariskan … Continue reading

Seminar Usahawan Internet Percuma Review

Salam, Pihak Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor sejak daripada 2009 telah memperkenalkan satu revolusi dalam perniagaan internet di Malaysia dengan memberikan pendidikan awal mengenai perniagaan atau bisnes internet secara percuma kepada rakyat Malaysia. Sehingga ke harini Seminar Usahawan Internet masih menganjurkan demi memberikan pendedahan dan pendidikan kepada siapa sahaja rakayat Malaysia untuk membina seterusnya bergelar … Continue reading

1 Hari 1 Jualan – 3 Langkah Mudah Bagaimana ANDA Juga Boleh Merealisasikannya…

Salam… Apa khabar hari ini? …Moga semuanya baik-baik belaka.  Sebelum pergi lebih jauh, tahniah untuk pasukan Malaysia yang telah memenangi perlawanan akhir pertama. Sungguh bersemangat anak-anak buah Rajagopal bermain! Saya juga turut berbangga. Sebagaimana bolasepak, perniagaan internet juga memerlukan pengetahuan teknikal, susunan strategi serta teknik yang betul dan juga anda mesti ada semangat untuk melakukannya. … Continue reading